Sat. Apr 27th, 2019

Review : LS03 Selangor V PKNS

LS03 Selangor V PKNS

1. Sebelum perlawanan berlangsung rata rata penyokong merasakan ini adalah perlawanan yang Selangor wajib menang

Wajib menang itu berasaskan dua sebab, pertama PKNS diatas kertas bukan lawan setara atau setanding Selangor dan kedua sebagai persediaan moral kepada pemain sebelum mengharungi dua perlawanan BESAR iaitu menentang Pahang dan JDT

2. Dari awal sepak mula, perlawanan seimbang sebenarnya. Seimbang bukan rancak , tapi seimbang berhati hati.

PKNS taknak bocor banyak , Selangor pulak mencari rentak keserasian

Tapi menarik perhatian umum terutama fan Selangor sehingga minit ke-20 adalah aksi Antonio German. Seperti ingin membuktikan kepada umum pembelian dia adalah berbaloi oleh Selangor , German beraksi seperti pemain import

Rajin mengejar bola , lenggok membawa bola ditambah lagi role kali ini bukan sebagai pemain sayap (pure) ,seperti inilah Antonio German yang pernah beraksi di Liga Inggeris (bukan EPL)

3. Minit 27 , semua tersentak bila PKNS menjaringkan gol dari sepakan sudut. Lebih tersentak bila dikira kira , pemain Selangor yang ada dalam kotak penalti adalah seramai 8 orang sementara hanya ada 5 pemain PKNS yang cuba bersaing dan mereka dapat gol

4. Masuk minit 30 , Selangor bermain seperti anak ayam hilang ibunya sampai habis permainan

Kenapa seperti itu ?

a. PKNS bermain dengan organisasi sangat baik. Blok pertahanan mereka betul betul Gung Ho Defensive dan blok serangan mereka bijak memanipulasi barisan pertahanan kita yang rapuh lebih lebih lagi ketiadaan Taylor Reegen

Nguyen ? Lebih gah pada Tatoo tapi tidak pada persembahan

b. Rufino nampak karismatik sebagai kepten, tapi bila rakan lain gagal membantu penuh ,dilihat dia terbawa bawa dengan hilang punca rakan sepasukan

Nak tengok game lagi , nak kena collect bola lagi , nak kena dribble lagi , nak kena skor lagi , nak kena pandang pandang Sathia lagi

c. Vacuum dibarisan tengah Selangor. Halim dan Endrick hilang dari radar permainan. Bila kena serang Halim ghaib , bila menyerang Endrick menyorok

d. Khairul Azhan adalah De Gea Selangor. Kalau tidak aksi terbaik dia , memang Selangor akan jadi Chelsea kena kitai 6 jaringan

Tapi ini lagi teruk , sebab dengan PKNS

5. Masuk gol ketiga , ramai penonton gelisah. Alteras dah panggil Setan dan penyokong awam dah jerit jerit “SATHIA OUT , SATHIA OUT!” tanda protes

6. Gol keempat PKNS rasanya adalah gol yang tak mungkin dilupakan oleh pemain PKNS sampai bila bila. Masakan tidak penyokong Selangor besorak kegembiraan atas jaringan dan sorakan itu sendiri berlaku dihadapan Presiden FAS iaitu Tengku Amir !

Satu moment yang even Arwah Mokhtar Dahari sendiri tak pernah dapat sewaktu mewakili PKNS awal karier beliau dulu

Protes dari penyokong barangkali

Kesimpulan :

Kekalahan itu pedih dan sakit, tapi jangan jadikan kekalahan itu sebagai tanda kita benci pada pasukan

Ingat

Sathianathan datang dan akan pergi tak lama lagi , tapi kita Selangor adalah sampai mati !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *