Sat. Apr 27th, 2019

Ringkasan Pra-Perlawanan ; Selangor Vs Sime Darby

Saingan liga kembali bersambung selepas jadual berehat kerana memberi laluan kepada jadual perlawanan antarabangsa bersambung. Selangor malam ini akan bertemu Sime Darby di Shah Alam untuk misi memperbaiki kedudukan liga selain cuba mengejar pendahulu PDRM yang menang keatas Sarawak malam tadi.

Sime Darby pula yang setakat ini masih belum mampu mencapai sebarang kemenangan selepas 5 perlawanan berkemungkinan besar menggunakan semangat mengikat JDT  pada perlawanan lepas sebagai pemangkin mereka mencapai kemenangan pertama.

Apapun, Selangor sudah pasti tidak memberi laluan mudah untuk anak buah Ismail Zakaria memandangkan kali ini Selangor beraksi dihalaman sendiri selain mahu melebarkan rekod tanpa kalah Selangor kepada Sime Darby.

Kesebelasan utama

Nama Kapten Selangor ,Shahrom Kalam yang mengalami kecederaan Hamstring sewaktu aksi bertemu PDRM sudah pasti tidak disenaraikan Mahmet bagi aksi malam ini. Tempat beliau di posisi pertahanan tengah dan kapten akan digalas Rizal Fahmi Rosid yang akan bergandingan bersama Robert Cornthwaite.

Barisan jentera tengah pula nama Nazmi Faiz masih 50/50 untuk diturunkan memandangkan beliau mungkin keletihan selepas beraksi untuk beberapa perlawanan persahabatan bersama skuad Malaysia B23 bagi persediaan Sukan Sea 2015 di Thailand.

Namun, nama Guilherme serta Andik akan kekal beraksi pada kesebelasan utama pasukan.

Harapan mendapat gol sudah tentu disandarkan kepada Guilherme dePaula. Tetapi yang menjadi persoalan siapa yang menjadi pasangan beliau dibarisan hadapan masih menjadi teka teki. Ini kerana berdasarkan pemerhatian ketika latihan, kedua penyerang utama tempatan Selangor Afiq Azmi dan Abdul Hadi Yahya menunjukkan aksi komited bagi memikat Mahmet.

Barisan Kemungkinan (4-4-2)

Mohd Syamim, Mohd Azrif, Robbie Cornthwaite, Rizal Fahmi, Raimi mdNor, Andik, Nazmi, S.Veenod, Hazwan, Guilherme, Afiq

3 Fakta menarik tentang perlawanan malam ini ;

1- Dalam dua aksi pertemuan Selangor bertemu Sime Darby pada tahun 2014, Selangor menang kedua duanya. 2-1 di Shah Alam dan 1-0 di Selayang.

2- Andik Vermansyah dijangka akan turun dalam kesebelasan utama Selangor selepas berehat panjang akibat kecederaan pangkal peha.

3- Rekod Sime Darby yang masih gagal mencapai  sebarang kemenangan selepas 5 perlawanan adalah rekod terburuk yang pernah dicatatkan untuk saingan Liga Super format baru.

Perlawanan Ke-6 Liga Super

Selangor Vs Sime Darby

Stadium Shah Alam

04 April 2015 /8.45 malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *