Sat. Apr 27th, 2019

Ringkasan Pra Perlawanan : Selangor V ATM FC

Perjalanan Selangor dalam saingan liga diteruskan pada malam ini. Berkunjung ke Stadium Paroi Negeri Sembilan untuk bertemu pasukan yang bergelut dengan masalah dalaman ATM FC,Selangor memburu 3 mata berharga bagi memastikan kedudukan mencabar pendahulu PDRM FC dapat diteruskan.

Talking Point

Rekod 2014 mencatatkan, pertemuan Selangor dan ATM hanya berlangsung 2 kali dimana Selangor mencatatkan 1 kekalahan dan 1 keputusan seri. Kali terakhir pertemuan mereka di Stadium Shah Alam, Selangor mencatatkan kekalahan 0-2 kepada mereka menerusi dua jaringan  bekas pemenang Piala Malaysia 2003 bersama MPPJ FC , Juan Manuel Arostegui.

Untuk tahun ini, diramalkan Selangor tidak berhadapan laluan sukar untuk mendapat 3 mata penuh memandangkan motivasi pasukan kini berada dilandasan terbaik selain ATM kehilangan penyerang berbisa mereka Norshahrul Idlan Talaha yang sudah berhijrah ke Terengganu untuk baki saingan liga dan piala.

Barisan Kemungkinan

Nama Syamim Othman dijangka akan terus kekal diposisi penjaga gol berdasarkan prestasi memberangsangkan yang ditunjuk beliau untuk beberapa perlawanan lepas.

Barisan pertahanan, nama kapten Shahrom Kalam sekali lagi akan diketepikan. Walaupun dikhabarkan kecederaan yang dialami sudah pulih, namun tahap kecergasan yang masih dibawah par memberi terus ruang kepad Rizal Fahmi Rosid untuk terus bergandingan bersama Robert Cornthwaite, Mohd Azrif dan Raimi MdNoor.

Leandro dosSantos yang baru selesai menjalani pergantungan satu perlawanan akan bergandingan bersama Nazmi Faiz bagi membentuk barisan tengah yang mantap sambil dibantu Hazwan Bakri dan Andik di bahagian sayap.

Posisi Penyerang pula walaupun terdapat ura mengatakan nama Guilherme dePaula akan digantikan , namun penyerang yang beraksi di Liga Maldova pada musim lalu ini terus diberi kepercayaan oleh Mahmet Durokovic untuk memburu jaringan bersama Afiq Azmi.

[4-4-2] ; Syamim, Azrif, Rizal (K), Robert, Raimi, Andik, Hazwan, Nazmi, Leandro, Afiq, dePaula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *