Sat. Apr 27th, 2019

Preview Liga Super / Perlawanan ke-9 ; Kelantan V Selangor

Kelantan V Selangor (Stadium Sultan Muhammad V)

25/04/2015

Berita Pasukan

Ketua Jurulatih Selangor Mahmet Durakovic dijangka akan membuat keputusan penting samada akan menurunkan Leandro Dos Santos pada kesebelasan utama atau akan meletak kan pemain asal Brazil ini di bangku simpnanan.

Leandro mengalami tangan terseliuh ketika menjalani latihan bersama skuad di Padang SUK dan jika kecederaan beliau tidak sempat pulih, S.Veenod dijangka akan mengisi posisi yang ditinggalkan itu.

Selain itu, berita gembira juga untuk Mahmet selepas kapten Selangor Sharom Kalam disahkan sudah cergas 100% dan boleh beraksi untuk 90 minit perlawanan.

Namun dilihat prestasi semasa terbaik yang ditunjukkan oleh pasangan Rizal Fahmi dan Robert Cornthwaite semasa ketiadaan beliau akibat kecederaan pangkal peha, Mahmet sudah pasti tidak mahu mengganggu konsentrasi pasangan ini beraksi dan bakal meletak kan Sharom di bangku simpanan.

Statistik Perlawanan Liga

Kelantan kini tidak berada di prestasi yang baik pada saingan liga walaupun sudah mara ke pusingan suku akhir Piala FA. Namun dengan penukaran pemain import ada sedikit peningkatan kepada barisan serangan mereka.

Andai perlawanan ini berpihak kepada mereka dengan kemenangan, dijangka kedudukan mereka pada carta liga akan melonjak.

Di kem Selangor pula sudah pasti 3 mata ingin dicari mereka bagi mengekal tampuk tertinggi Liga Super ketika ini. Dengan kekalahan pesaing terdekat mereka iaitu JDT kepada Perak pada perlawanan awal, sudah pasti jika kemenangan berjaya dicapai keadaan selesa akan mereka terima ketika memimpin kedudukan liga.

Barisan Kemungkinan Selangor

(4-4-2) Syamim (GK), Azrif, Rizal Fahmi (K), Robbie, Raimi, Andik, Hazwan, Andik, Veenod, Guilherme, Afiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *