Sat. Apr 27th, 2019

Laporan Perlawanan ; Selangor 3 Sime Darby 2

Selangor mencatat kemenangan 3-2 keatas pasukan bermasalah ,Sime Darby FC sekaligus mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga Liga Super Malaysia.

Berlangsung di Stadium Shah Alam dengan dihadiri kira kira 5,000 penyokong setia, Selangor turun dengan kesebelasan sedikit tempang selepas beberapa pemain utama mereka tidak dapat diturunkan akibat penggantungan dan kecederaan.

Leandro dos Santos mendahului senarai pemain  tidak dapat beraksi selepas digantung 1 perlawanan akibat menggumpul 3 kad kuning manakala nama Shahrom Kalam terus tercicir akibat kecederaan pangkal peha yang masih belum pulih.

Aksi separuh masa pertama dilihat lesu kedua pasukan beraksi dengan berhati hati. Faktor  berehat panjang mungkin mengakibatkan mereka perlu mengambil masa untuk mencari rentak serasi permainan.

Bermula sepak mula separuh masa kedua, baru nampak kedua pasukan bermain secara tektikal dan aggresif.  Selangor terlebih dahulu mendapat gol pada minit ke-54 perlawanan melalui Andik Vermansyah. Pemain yang diberi jolokan “Messi Indonesia” itu melepaskan sepakan deras kearah pintu gol lawan lantas terbias terkena kaki salah seorang pemain Sime Darby dan bola menerjah jaring memberi Selangor pendahulan.

Selang lima minit, Selangor menambah lagi gol. Kali ini melalui pemain sayap Hazwan Bakri yang membuat rembatan deras kaki kiri dari luar kotak penalti sekaligus menewaskan penjaga gawang Sime Darby, Suffian Abdul Rahman.

Seolah terjaga dari lena selepas ketinggalan, finalis Piala FA 2012 ini mula memperkemaskan permainan mereka. Hasilnya pada minit -69 ,mereka merapatkan jurang jaringan melalui sepakan penalti yang diambil kemas oleh pemain import asal Serbia mereka ; Namenja Vidakovic.

Jaringan itu lantas menjadi pemangkin semangat  anak buah Ismail Zakaria untuk mendapat gol penyamaan dengan lebih menguji pintu gawang Selangor yang dikawal Syamim Othman.

Namun, Selangor yang hanya dapat melancarkan serangan sekali sekala secara tiba tiba mendapat gol ketiga melalui tandukan Robert Cornthwaite pada minit ke-78 perlawanan.

Minit minit akhir perlawanan, pasukan pelawat mendapat  gol kedua mereka melalui bekas pemain Uzbekistan B-23 , Dilshod Sharofetdinov namun belum mampu untuk menghalang  anak buah Mahmet Durakovic dari mengutip 3 mata penuh di kandang sendiri.

Tamat perlawanan, Selangor menang 3-2 dan perlawanan seterusnya adalah bertemu ATM pada 11 April 2015 ini.

<Gambar Ehsan Berita Harian Online>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *