Sat. Apr 27th, 2019

Preview Liga Super ; Selangor V PDRM

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan antara pasukan sedang meningkat naik PDRM FC menentang pasukan berstatus gergasi Selangor di Shah Alam.

Selangor yang masih mencari kemenangan pertama liga selepas mengharungi 4 perlawanan sudah pasti bersedia untuk bersaing hebat mencapai kemenangan apatah lagi sudah mendapat tonik terbaik ketika mengalahkan Felda United pada pertemuan pusingan pertama Piala FA tempoh hari.

Di kem PDRM, sudah pasti mereka ingin menjadikan Selangor sebagai mangsa sasaran mereka. Apa tidaknya, selepas mengejutkan JDT dan Kelantan pada perlawanan terdahulu, mengejutkan Selangor paling tidak boleh menjadi hadiah terbaik mereka untuk pusingan pertama liga ini.

BERITA PASUKAN

Diberitakan dikem Selangor, Andik Vermansyah mengalami kecederaan kecil sewaktu beraksi bertemu Felda United tempoh hari. Walaupun menjalani latihan ringan bersama pasukan, nama Andik masih belum secara rasmi dapat diturunkan pada pertemuan penting ini.

Hamsani Ahmad yang disyaki demam Denggi sudah pun turun menjalani latihan bersama rakan sepelatih lain. Kehadiran Hamsani ini pastinya memberi saingan sengit kepada Syamim Othman diposisi penjaga gol selepas beraksi baik di Selayang pada perlawanan terakhir lepas.

Senarai kemungkinan ; Syamim Othman (GK), Mohd Azrif, Sharom Kalam (K), Robert Cornthwaite, Hazwan Bakiri, K.Gurusamy, Leandro, Hadi Yahya, Guilherme, Afiq Azmi.

RAMALAN

Selangor menang (1) -(0)

Guilherme dePaula

3 SEBAB MENGAPA SELANGOR AKAN MENANG

1. Perlawanan ini berlangsung di Shah Alam iaitu gelanggang keramat Selangor sejak tahun 90-an lagi. Walaupun PDRM hadir sebagai tuan rumah, tetapi sudah pasti Selangor tidak mahu mencalarkan rekod mereka di tanah sendiri. Kehadiran penyokong satu suntikan motivasi lagi

2. Moral pemain Selangor berada ditahap tertinggi ketika ini selepas menyingkirkan Felda United pada perlawanan penuh dramatik sebelum ini.

3. Rekod kemenangan terbesar Selangor pada saingan liga dalam sejarah adalah ketika bertemu PDRM (dahulu dikenali sebagai POLIS) beberapa dekad terdahulu dengan jaringan 10-2. Jurulatih penjaga gol Selangor ketika ini Rashid Hassan beraksi bersama Polis ketika itu.

SELANGOR V PDRM

07 Mac 2015 ; 8.45 malam

Stadium Shah Alam

Siaran Langsung di TV9*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *