Sat. Apr 27th, 2019

Preview Liga Super / Perlawanan ke-5 ; Selangor V Sarawak

Sabtu ini akan berlangsung perlawanan ke-5 Liga Super Malaysia mempertemukan skuad gergasi merah kuning yang akan menerima kunjungan skuad bujang senang di Stadium Shah Alam.

Selangor yang membuat kejutan keatas PDRM pada perlawanan terdahulu sudah pasti ingin meneruskan momentum kemenangan selepas kemarau kemenangan hampir 4 perlawanan terdahulu, manakala Sarawak yang tewas kepada JDT walaupun mendahului jaringan pada satu ketika masa sudah pasti  ingin bangkit bagi membuktikan kepada peminat mereka bahawa mereka bukan pasukan yang senang ditewaskan.

Apapun samada Selangor atau Sarawak yang akan menang, kedudukan mereka dalam liga pasti akan berubah memandangkan kedua pasukan ini kini berkongsi mata dengan 5 mata dari 4 perlawanan.

BERITA PASUKAN

Agak mendukacitakan untuk pasukan kita apabila kita dijangka akan kehilangan khidmat kapten Shahrom Kalam untuk sekurang kurangnya 6 minggu akibat kecederaan pangkal peha. Tetapi pengganti beliau, Rizal Fahmi Rosid dijangka tidak mengalami masalah mengisi posisi tersebut memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dalam liga Malaysia.

Azmi Muslim yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini dijangka boleh kembali beraksi namun dengan prestasi baik semasa yang ditunjukkan Raimi di posisi kiri, dijangka beliau akan duduk dibangku simpanan.

* Tambahan : Leandro pulak tidak dapat beraksi selepas digantung 1 perlawanan akibat mengumpul 3 kad kuning, manakala Mohd Azrif berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan akibat kecederaan kecil ketika latihan.

Tempat kedua pemain ini dijangka akan diisi bekas pemain Kedah Bunyamin Umar diposisi kanan dan K.Gurusamy di bahagian tengah.

SENARAI KEMUNGKINAN  

Syamim Othman (GK), Mohd Azrif/Bunyamin Umar, Rizal Fahmi Rosid, Robert Cornthwaite, Raimi Mdnoor, Andik Vermansyah, Hazwan Bakiri, K.Gurusamy, Nazmi Faiz Mansor, Guilherme dePaula, Afiq Azmi.

Ramalan Keputusan : Selangor menang 2-0

Selangor V Sarawak

14 Mac 2015 / Sabtu

Stadium Shah Alam

8.45 malam

Siaran Langsung TV1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *