Sat. Apr 27th, 2019

Laporan Perlawanan Selangor V Felda Minit Per Minit

Selangor turun sebagai pasukan pelawat bertemu Felda United. Berjersi putih kuning manakala Felda United berjersi Oren Hitam.

Kesebelasan Utama Selangor : Norazlan Razali, Mohd Azrif, Sharom Kalam, Robert Cornthwaite, Raimi MdNor, Leandro dosSantos, Nazmi Faiz, Hazwan Bakiri, Andik Vermansyah, Afiq Azmi, Guilherme dePaula

[Min 1] – Sepak mula dimulakan Selangor dengan mengasak kubu Felda dikawal Farizal Harun

[Min 3] – Felda mendapat sepakan percuma selepas penyerang mereka dijatuhkan Sharom Kalam. ┬áDiambil Sharulnizam Mustafa , tersasar ke tepi pintu gol Selangor.

[Min 6-10] – Bola banyak berlegar dikawasan tengah padang. Felda menguasai permainan ketika ini

[Min 11] – Hasil satu serangan balas pantas oleh Leandro, melorong bola kepada Hazwan dan dia dijatuhkan oleh Bojan Miladinovic dan Penalti !! Tapi nampak pengadil Saudara Nagor menunjuk kan permainan diteruskan

[Min 12] – Selangor menyerang lagi, permainan satu dua Nazmi Faiz dan Guilherme dePaula sampai ke kawasan penalti Felda tetapi sepakan deras akhir Nazmi tersasar betul betul 1 inci dari kiri pintu gol Felda. Terlepas peluang Selangor untuk menjaringkan gol !

[Min 16] – Guilherme dikasari di luar kotak penalti Felda selepas seorang pertahanan mereka menerjah keras penyerang Selangor itu. Sepakan percuma diambil Nazmi dan hasilnya tersasar jauh keatas gawang.

[Min-19] – Ketika Felda leka menyusun kembali posisi, mereka diserang lagi. Satu hantaran cantik Nazmi dari sebelah kiri gawang Felda, Guilherme yang betul betul berada diposisi tepat untuk merembat bola kejaring mengambil keputusan membuat sepakan lemah yang lantas ditangkap kemas Farizal Harun. Peluang TERBAIK yang dipersia siakan begitu sahaja.

[Min-20] – Sehingga minit ke-20, Selangor menguasai permainan dengan 60% posisi.

[Min-21] – Nampak Felda mula mengatur serangan dengan lebih kemas. Hasilnya, Mereka nyaris mendapat gol awal namun kehebatan Norazlan Razali menepis sepakan deras Edward Junior jelas menghampakan mereka.

[Min-25] – Kali ini Felda menyerang lagi, sekali lagi akibat kegopohan Edward Junior dihadapan pintu gol Selangor menyebabkan bola tersasar jauh keluar.

[Min -32] – Ketika Felda berada pada posisi menyerang, secara tiba tiba Leandro dapat merampas bola dari kaki Shukor Adan lantas membawa bola ke kawasan Felda ,menghantar bola jauh ke kepala Guilherme tetapi tandukannya sipi keluar.

[Min – 37] – Hazwan Bakiri membuat satu percubaan loob selepas melihat posisi Farizal terkeluar tetapi bola terkeluar. Lega seketika penjaga gol Felda.

[Min -45] Tamat perlawanan separuh masa pertama. Selangor (0) – (0) Felda

 

SEPARUH MASA KEDUA

[Min-46] Felda memulakan perlawanan dengan membuat serangan pantas

[Min-47] PENALTI !!!!! Felda mendapat sepakan penalti selepas penyerang mereka berasal dari Zambia Ndumba Makeche dijatuhkan Norazlan Razali. Pemain Selangor meluru ke arah pengadil membuat protes namun pengadil tetap dengan keputusan nya. Sepakan diambik pertahanan Bojan Miladinovic dan GOL untuk Felda.

[Min-48] Seperti tidak puas dengan satu gol, Felda mengasak kubu Selangor lagi dengan serangan bertalu. Mujur Sharom Kalam dapat mengimbangi serangan Felda.

[Min-50] GOLLLLLLL !! Makeche yang mendapat umpanan dari rakan pasukan, berada diposisi terbaik untuk menjaringkan bola sambil melihat Norazlan keluar sedikit dari posisi merembat masuk kegawang Selangor. Keputusan berubah lagi , Felda (2) – (0) Selangor

[Min-51] Kelibat penjaga gol simpanan Selangor , Syamim Othman memanaskan badan mendapat reaksi penyokong Selangor.

[Min-52] Melihat Afiq Azmi seperti kurang bernafsu untuk menyerang, Jurulatih Selangor Mahmet Durakovic membuat pertukaran dengan menggantikan beliau dengan Abdul Hadi Yahya.

[Min-54] Satu percubaan cantik penyerang Felda Zah Rahan Karangar ditepis kemas Norazlan Razali.

[Min-60] Hasil gerakan solo Andik dari sebelah kanan pintu gawang Felda, menggelecek 3 pertahanan mereka lantas membuat satu percubaan kaki kiri tepat kearah Farizal Harun. Percubaan pertama Andik selepas dikawal ketat sepanjang 60 minit perlawanan.

[Min-61] Selangor nampak bermain dengan tekanan tinggi. Permainan satu dua antara pertahanan dan penjaga gol nyaris dihukum Felda. Norazlan yang gagal mengawal kemas hantaran lemah pertahanan nyaris dirampas penyerang Felda yang boleh mengakibatkan gol.

[Min-62] Pemain no.18 Felda Mohd Aizulridzuan dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andik. Sepakan percuma diberikan kepada Selangor yang diambil Andik ditanduk Hadi Yahya didalam kotak penalti tetapi tepat ke penjaga gawang Felda.

[Min-64] Mungkin berang dengan aksi Norazlan, Mahmet mengeluarkannya dan menggantikan dengan Syamim Othman bekas penjaga gol Harimau Muda A dibawah kendalian Azraii Khor Abdullah satu ketika dahulu. Penampilan pertama untuk Selangor bagi pemain yang berasal Selayang ini.

[Min-68] Hasil satu umpanan cantik Andik ditanduk kemas Guilherme masuk ke gawang Felda United tetapi sayang bola sudah pun berada dikedudukan Offside !

[Min-69] Pergaduhan kecil melibatkan Nazmi Faiz dan Sharulnizam tercetus. Sharulnizam yang diteckle kemas Nazmi meluru kearah pemain kecik itu untuk memulakan provaksi lantas mencetuskan sedikit suasana tegang. Namun berjaya dikawal pengadil.

[Min-71] Selangor membuat pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Nazmi Faiz Mansor dan memasukkan K.Gurusamy

[Min-73] Sentuhan pertama K.Gurusamy, sepakan nya dari luar kotak penalti Felda tersasar.

[Min-75] Nampak permainan Selangor kembali beroganisasi dengan mengawal permainan.

[Min-76] GOLLLLL !! Hasil satu sepakan sudut yang diambik Andik Vermansyah, mengakibatkan satu situasi kelam kabut dihadapan pintu gol Felda yang jelas diambik kesempatan Hazwan Bakiri merembat masuk bola ke gawang Felda. Walupun berjaya dikuis keluar pertahanan Felda namun pengadil mengesahkan jaringan itu. Semasa Selangor (1)- (2) Felda

[Min 78 – 85] Selangor mengasak kubu Felda. Jaringan Hazwan jelas menyuntik semangat sepasukannya.

[Min-87] GOLLLLLLLL !!!! Hasil hantaran cantik Andik ke kiri gawang Felda, Guilherme yang jelas tidak dicabar menanduk masuk kemas ke gawang menjadikan kedudukan berubah lagi menjadi dua sama. Guilherme selepas menjaringkan gol berlari ke Mahmet dan seterusnya memeluk erat mungkin tanda terima kasih kepada Mahmet atas kepercayaan yang diberi kepada beliau.

[Min-93] Tamat perlawanan sebenar dan perlawanan diheret ke tambahan masa 30 minit.

TAMBAHAN MASA

[Min-1] Felda memulakan sepak mula tambahan masa.

[Min 2-10] Jelas terpancar keletihan diraut wajah pemain kedua pasukan dengan kebanyakan bola hanya berlegar ditengah padang dengan hanya sekali sekala bola dihala menyerang.

[Min-12] KAD MERAH untuk Andik selepas didakwa mengasari seorang pemain Felda United lantas mencetus polemik kerana jika dilihat bola berada pada situasi 50-50 dengan pemain Felda masuk mencabar bola. Apapun keputusan pengadil muktamad. Andik dilihat suram diwajah dan bertindak lambat meninggalkan padang melewatkan permainan.

[Min-25] Percubaan dari luar kotak penalti Felda oleh K.Gurusamy sipi keluar di penjuru kanan gawang.

[Min-30] Tamat perlawanan sebenar dan tambahan masa. Sepakan penalti menentukan pemenang

PENALTI

Felda mengambil sepakan dahulu

Bojan Miladanovic / Felda – MASUK (1-0)

Guilherme dePaula/ Selangor – MASUK (1-1)

Nduma Makache /Felda – TERSASAR (1-1)

Abdul Hadi Yahya / Selangor – MASUK (1-2)

Sharulnizam Mustafa / Felda – MASUK (2-2)

K.Gurusamy / Selangor – MASUK (2-3)

Edward Junior Wilson/ Felda – TERSASAR (2-3)

Robert Cornthwaite / Selangor – MASUK (2-4)

SELANGOR MENANG 4-2 (Penalti) !!!!!

Pemain Terbaik Perlawanan : Andik Vermansyah (Selangor)

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *