Sat. Apr 27th, 2019

Di luar padang bersama….. Shahrom Kalam

Di luar padang…….. bersama Shahrom Kalam

Shahrom Kalam

Ramai peminat bolasepak khususnya penyokong bolasepak Selangor mengenali nama ini sebagai ketua pasukan mereka, tetapi adakah ramai yang tahu ketika diluar padang, beliau adalah juga adalah salah seorang staff Maybank?

Mungkin ramai berpendapat bekerja di sektor perbank-kan tidaklah semahsyur bekerja dalam bidang sukan bolasepak, tetapi pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini mempunyai sebab tersendiri memilih pekerjaan ini bersama walaupun bergelar pemain bolasepak professional

Soalan : Bagaimana permulaan anda bersama Maybank ?

Shahrom Kalam (SK) : Ketika saya bermain bersama pasukan Kuala Lumpur kira kira 10 tahun yang lalu, pihak Maybank ada mempelawa saya dan beberapa lagi  pemain Kuala Lumpur lain samada mahu atau tidak menyertai mereka dalam satu Kejohanan Antara Bank Malaysia dan pada sama menawarkan sama peluang pekerjaan bersama mereka. Melihat peluang baik yang terbentang dan juga saya mempunyai Diploma dalam bidang Bisnes Pengurusan, maka saya bersetuju menerima pelawaan mereka.

Soalan : Apa yang sebenarnya anda lakukan (kerja) ?

SK : Saya diletakkan dibawah bahagian Sumber Manusia dan antara tugasan saya adalah  merekrut atlet berpotensi untuk bersama Maybank dan juga melaksanakan acara sukan syarikat setiap tahun. Juga jika Maybank menganjurkan sukan yang berkaitan, saya akan menjadi jurucakap bagi pihak mereka.

Soalan : Sebagai pemain professional, bagaimana anda membahagikan waktu kerja dan waktu bermain ?

SK : Saya tidak pergi kerja dan telah mengambil cuti tanpa gaji selama 10 tahun sebenarnya !! (sambil gelak)

Soalan : Tidak pergi kerja tapi bekerja ? Boleh terangkan ?

SK : Asasnya, dalam Maybank ada unit yang dianggotai oleh bekas atlet ataupun atlet yang masih aktif.  Kami boleh memilih untuk pergi kerja seperti biasa atau mengambil cuti tanpa gaji untuk membolehkan kami fokus pada karier sukan yang kami ceburi. Apa yang saya tahu, Maybank adalah satu satunya bank yang menawarkan insentif tersebut kepada atlet dan juga seperti saya beritahu awal tadi, saya telah mengambil cuti tanpa gaji bagi membolehkan saya fokus kepada bola sepak.

Soalan : Maksudnya kira anda tidak membuat kerja walaupun bekerja ?

SK : “Hahahaha.. Jangan cakap macam tu” (Sambil gelak lagi) . Saya tetap ke Menara Maybank setiap habis musim bolasepak untuk melapor diri dan juga membuat sedikit kerja yang berkaitan.

Soalan : Adakah Bos anda menyokong dengan perkara itu?

SK : Bos saya amat memahami dan menyokong penuh karier bolasepak saya ketika ini. Ia adalah situasi “menang-menang” sebenarnya bagi kedua pihak dengan saya mendapat jaminan kerja selepas bersara dari bolasepak kelak saya juga membawa jenama mereka selain menjadi duta mereka dalam Liga Malaysia.

Soalan : Tetapi keseluruhannya nampak seperti situasi pelik bukan ?

SK : Lihat, sebenarnya karier bolasepak amat pendek. Jika anda pemain professional yang baik, anda mungkin dapat bermain sehingga usia 35 tahun. Pendapatan ketika masih bermain amat baik, tetapi selepas bersara? Jadi, apabila Maybank menawarkan insentif ini kepada saya, saya tahu ia akan dapat membantu sumber kewangan saya ketika saya sudah bersara dari arena ini nanti.

Soalan : Adakah anda satu satunya atlet yang aktif di pejabat ?

SK : Ohh tidak. Fadzley Rahim yang kini beraksi sebagai penjaga gol bersama Sarawak juga ada dalam divisyen ini. Kami juga sebenarnya ada beberapa nama lain, tetapi mereka mengambil keputusan meninggalkan syarikat. Selain dalam sukan bolasepak, kami juga ada beberapa nama dari sukan lain seperti Nur Saiful Zaini (Bekas kapten Hoki Malaysia) dan juga M.Ramachandran (atlet Malaysia)

Soalan : Jadi dengan jaminan pekerjaan selepas bersara nanti, ini bermakna anda tidak akan mendapat peluang menjadi jurulatih atau pengurus bolasepak satu hari nanti ?

SK : Tidak semestinya. Jika saya menjadi jurulatih atau pengurus bolasepak kelak saya masih boleh mengekalkan jawatan saya di Maybank kerana polisi syarikat yang tidak menghalang mana mana pekerjanya untuk aktif dalam apa jenis sukan sekalipun. Sebagai contoh, Richard Scully juga adalah salah seorang staff Maybank selepas bersaranya dari bolasepak tetapi masih mengambil cuti tanpa gaji untuk menjadi jurulatih penjaga gol Harimau Muda C.

Soalan : Mana lebih mudah sebenarnya ? Duduk kerja di pejabat ataupun beraksi di hadapan puluhan ribu penonton?

SK: Sudah pasti yang kedua itu. Bolasepak adalah kegairahan saya dan selamanya menjadi no.1 dalam hati ini.

# Artikel asal ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dilaman website www.foufourtwo.com oleh Seng-Foo Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *