Sat. Apr 27th, 2019

Ringkasan Pra Perlawanan Piala FA : Selangor V Felda United

Saingan Piala FA Edisi ke-15 telah membuka tirai secara rasmi hari ini. Beberapa pasukan seperti Kelantan, PDRM dan Kedah telah mula langkah bersaing untuk merebut piala termuda negara ini dengan Selangor hanya akan memulakan langkah bertemu Felda United pada Sabtu.

SEJARAH 

Sebagai rekod, Selangor adalah pasukan paling banyak memasuki peringkat akhir Piala FA iaitu sebanyak 7 kali; 5 kali sebagai juara dan 2 kali sebagai naib juara.

Kali terakhir Selangor memenangi piala ini adalah pada tahun 2009 di bawah bimbingan K.Devan dan pengurus Zakaria Rahim selepas menewaskan Kelantan. Pada perlawanan penuh dramatik itu, keputusan akhir hanya dapat diputuskan melalui sepakan terakhir penalti Safee Sali selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.

Terima Kasih kepada Amri Yahya yang menyempurnakan hantaran D.Surendren untuk mengikat keputusan selepas ketinggalan kepada jaringan Norfarhan Muhammad.

Masih ingat lagi ?

TEKTIKAL

Andik Vermansyah diberitakan mengalami kecederaan ringan sewaktu bertemu JDT tempoh hari. Mungkin memikirkan faktor masih banyak perlawananan yang perlu dihadapi selepas ini, Ketua Jurulatih Selangor Mahmet Durokovic memberi rehat kepada pemain yang kini menjadi penjaring terbanyak pasukan dengan 3 gol.

Formasi 4-4-2 mungkin akan dikekalkan Mahmet dengan nama peledak Selangor, Afiq Azmi dicanang sebagai pengganti Andik di kesebelasan utama. Abdul Hadi Yahya yang  sebelum ini diletak kan diposisi penyerang akan turun ke posisi sayap dan seterusnya Afiq berganding bersama Guilherme dePaula.

Di barisan pertahanan, kecederaan Azmi Muslim yang agak serius membuka ruang buat Raimi Md Nor untuk beraksi buat kali pertama sebagai kesebelasan utama diposisi pertahanan kiri. Pertahanan tengah kekal milik Sharom Kalam dan Robert Cornthwaite manakala pertahanan kanan kekal milik pemain muda meningkat naik Mohd Azrif.

Barisan Kemungkinan [4-4-2]

Norazlan Razali(GK), Mohd Azrif, Sharom Kalam(K), Robert Cornthwaite, Raimi MdNor, A.Hadi Yahya, Leandro dos Santos, Nazmi Faiz Mansor, Afiq Azmi, Guilherme dePaula.

Selangor V Felda United

Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Sabtu 8.45 malam

Rekod terakhir : Selangor tewas dengan aggregat 7-3 (Suku Akhir Piala Malaysia 2014)

Pemenang perlawanan pusingan pertama ini akan bertemu pemenang antara Melaka atau Terengganu di pusingan kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *